Thursday, 28 December 2017

Goodbye 2017, Assalamualaikum 2018...

Selamat tinggal 2017, kalau nak di kenang kan tahun 2017 ni tahun yang paling berharga untuk aku, dalam tahun ni macam macam benda aku belajar. Pada aku tahun 2017 adalah tahun pengajaran dan persediaan sebelum aku menganjak menjadi lebih dewasa dan matang. Pelbagai ujian suka dan duka aku tempuh. Kat sini aku sangat beruntung kerana masih mempunyai ibu yang tak pernah putus putus memberi kata semangat, doa dan bantuan. Aku juga bersyukur kerana mempunyai isteri yang tabah, adik beradik yang supportive and last but not least, sahabat sahabat yang sentiasa yakin dan ada ketika susah senang.

Aku tahu dan yakin 2018 pasti mempunyai dugaannya sendiri, samada lebih berat atau kurang itu aku serahkan kepada Allah SWT seadanya. Dia punya hak ke atas aku, dan kepadaNya lah aku berserah. Dalam semua pengajaran tahun 2017, apa yang paling terkesan pada aku ialah tentang kebergantungan kepada diri sendiri. Kau yang tentukan apa yang kau akan dapat. Betul sejak bulan jun, sumber rezeki aku datang dari hasil gaji bulanan, tapi itu bukan satu yang menjanjikan. Waktu aku mula dulu ada kenal dengan sorang brader ni. Dia sempat kerja 3 bulan je lepas tu company terminate 24 jam. Allahu, umur dah 50an dan masih ada anak yang bersekolah.

Kau boleh bayangkan macam mana perasaan dia time tu. So kat sini jelas, yang pendapatan gaji bulanan tu bukanlah sesuatu yang menjanjikan. Hampir 90% sahabat sahabat terdekat aku menjana pendapatan melalui sales dan berniaga. Diorang ni pun ada dugaan masing2. Nak kata tak kuat kerja buat sales, macam macam benda dah di cuba, namun rezeki masih belum tertulis walaupun di atas usaha. Situasi ni pun lebih parah, boleh down sampai cium bumi bai.

Mau tak nya, ko dah cuba macam macam usaha, kerja keras, peluh keringat semua ko dah buat, skali hasil 0. Time tu ko minum air neskepe pun rasa payau bai. Hujung bulan nak kena bayar komitmen. Mulut anak bini nak kena suap. Dan bila waktu dan ketika ini lah ko akan rasa bersyukur sebab masih ada sahabat yang mahu menghulur bantuan.

Jadi 2018 akan tiba lagi 2-3 hari. Apa perancangan korang ? masih nak guna format lama atau nak cuba ubah ke format baru ? kalau aku, aku nak cuba format baru. Ada lah beberapa benda yang aku dah rangka, this time around kena buat dengan lebih details dan teratur. Focus focus focus !!. Semua orang dalam dunia ni tak akan pernah tahu apa akan jadi in future walaupun sesaat. So kita kena tawakal dan terus berusaha.

2018, aku nak bunga bungakan hidup aku dengan kegembiraan, kecil besar kejayaan aku nak cuba untuk raikan. Kalau tak dapat raikan bersama keluarga aku akan raikan bersama sahabat sahabat. Kalau tak dapat bersama sahabat sahabat, aku akan raikan dengan diri sendiri. 2018, aku akan cuba jalani hari hari aku dengan penuh makna. Bukanlah bermaksud aku nak kena kerja 24 jam. Kadang kadang tu aku duduk bersembang 2-3 jam kat zaza, foodbank, kedai mamak,  minum dengan sahabat sahabat aku tu pun dah di kira penuh bermakna. Aku nak hargai setiap dari mereka, aku nak jadi sahabat yang paling baik yang diorang pernah ada.

2018, aku berhajat nak tambah anak, semoga Allah SWT kurniakan aku dengan anak lelaki. Maka lengkap lah sepasang. 2018, aku berhajat nak pindah ke rumah yang lebih selesa. Mungkin belum mampu beli banglow, maka akan aku sewa rumah teres. Asalkan bila ada kelapangan aku boleh main main dengan anak aku dekat luar rumah. Boleh cuci kereta sendiri ke, cuci motor ke, tanam pokok durian ke.. hahaha.

2018, aku berhajat untuk kembali bekerja sendiri. Berdiri di kaki sendiri. Aku tak surelah boleh jadi ke tak, tapi kali ni mungkin tak macam sebelum ni. 2016 aku berhenti kerja makan gaji. Time ni lansung takda persiapan rapi. Main langgar je. Duit simpanan pun surut macam air dekat empangan yang baru bukak gate untuk di lepaskan ke sungai. Sekejapan je bai sampai dasar hahaha. Kali ni aku siapkan diri dengan persiapan yang lebih berisi. Harap harap airnya nanti kalau nak surut pun dia surut perlahan perlahan, lepas tu dia naik dan bertambah balik. Amin Ya Allah.

2018, aku berhajat nak bantu adik beradik aku. Aku nak permudahkan hidup diorang. Aku nak diorang bahagia, aku nak diorang kaya raya. 37 tahun bai aku kenal diorang. Takkan lah aku tak nak cuba untuk bahagiakan diorang pulak. Geng hidup ni bukan untuk ko sorang. Dunia ni bukan untuk ko sorang. Even dalam RM 10 yang ada dalam wallet ko tu pun mungkin bukan untuk ko sorang. Jadi sebaik baiknya kita cubalah pasang niat untuk bantu orang. In Shaa Allah kita akan di bantu semula.

Aku pernah terbaca pasal satu cerita antara abang dan adik. Si abang ni bijak namatey. Tapi si adik pula sedikit kebengapan. Satu hari bapa kepada dua beradik ni dah nazak. So sebelum dia mati, dia panggil anak anak dia ni. Dia cakap dekat anak anak dia ni untuk tulis doa yang mereka inginkan di atas kertas dan serahkan kepada bapanya. So diorang berdua ni pun tulis la doa masing masing atas kertas dan serahkan kepada bapa diorang.
Kemudian bapanya berpesan kat anak anaknya. Papa nak kamu berdua sentiasa berdoa sama seperti apa yang kamu tulis di atas kertas ini, dan sekiranya kamu menemui kebuntuan, maka kamu bukalah semula kertas doa kamu ini yang akan papa simpan di dalam kotak ini. So anak anak dia pun mengganguk lah tanda paham. Pastu bapak dia pun meninggal

Dalam tahun tu jugak si abang ni semakin kaya raya, tapi si adik ni pulak hidup makin susah. Duit pun asyik mengharap belas si abang. Lalu mengamuk lah si abang ni, namun si adik tetap diam dan redho. Selang beberapa tahun, si abang ni pulak hadapi masalah. Pening kepala di buatnya. Nak mintak tolong si adik, si  adik pun susah lebih kurang dia. Lalu dia teringat pesan bapak dia dulu untuk buka kembali kertas doa yang dia tulis.
Di bukanya kotak itu dan di baca semula doanya yang di tulis atas kertas tu. Doanya berbunyi “ Ya Allah, kau murahkanlah rezeki aku ya Allah, ko jadikanlah aku kaya raya ya Allah dan kau berikanlah aku rezeki yang melimpah ruah tanpa henti. Amin… “. Lepas je dia baca apa yang dia tulis tu dia kembali bersemangat. Waktu nak letak semula surat dia kedalam kotak, dia ternampak surat si adik.

Lalu dia buka lah sebab nak tahu apa doa si adik sampai dia hidup susah melarat. Waktu dia buka je surat si adik terus dia meraung. Pendek saja tulisan doa si adik yang di tulis atas kertas tu. Doanya berbunyi begini. “ Ya Allah, kau makbulkan lah doa abang aku yang aku sayangi itu, kerna aku tahu dia akan sentiasa menjaga aku di kala susah, kerana dia lebih bijak dari aku. Amin Ya Allah.”

Rupanya selama ini kesenangan si abang adalah berkat hasil doa si adik. So si abang pun menyesal lah dan terus dia bantu adiknya sehingga kedua2 mereka berjaya dan kaya raya. Jadi pengajaran kat sini simple, kau rasa kau berjaya, kau rasa kau kaya atas usaha kau, tapi kau lupa rupanya ada berkat dari doa insan2 yang sayang dekat kau. Jadi jangan hidup mendongak sangat, pandanglah mereka yang di sekeliling kau. Mungkin berkat doa dioranglah kau ada apa yang kau ada sekarang.

Fuhhh panjang gila aku membebel kali ni.. takpala blog aku suke ati aku lah. Tak paksa pun ko baca. Hahaha… aku doakan kamu semua berjaya, maka aku harap korang doakan lah semua yang aku hajati untuk 2018 ini tercapai ya. Terima kasih. Lets go ! Ok dengar lag Ed Sheeran ni abam belanja.