Thursday, 28 December 2017

Goodbye 2017, Assalamualaikum 2018...

Selamat tinggal 2017, kalau nak di kenang kan tahun 2017 ni tahun yang paling berharga untuk aku, dalam tahun ni macam macam benda aku belajar. Pada aku tahun 2017 adalah tahun pengajaran dan persediaan sebelum aku menganjak menjadi lebih dewasa dan matang. Pelbagai ujian suka dan duka aku tempuh. Kat sini aku sangat beruntung kerana masih mempunyai ibu yang tak pernah putus putus memberi kata semangat, doa dan bantuan. Aku juga bersyukur kerana mempunyai isteri yang tabah, adik beradik yang supportive and last but not least, sahabat sahabat yang sentiasa yakin dan ada ketika susah senang.

Aku tahu dan yakin 2018 pasti mempunyai dugaannya sendiri, samada lebih berat atau kurang itu aku serahkan kepada Allah SWT seadanya. Dia punya hak ke atas aku, dan kepadaNya lah aku berserah. Dalam semua pengajaran tahun 2017, apa yang paling terkesan pada aku ialah tentang kebergantungan kepada diri sendiri. Kau yang tentukan apa yang kau akan dapat. Betul sejak bulan jun, sumber rezeki aku datang dari hasil gaji bulanan, tapi itu bukan satu yang menjanjikan. Waktu aku mula dulu ada kenal dengan sorang brader ni. Dia sempat kerja 3 bulan je lepas tu company terminate 24 jam. Allahu, umur dah 50an dan masih ada anak yang bersekolah.

Kau boleh bayangkan macam mana perasaan dia time tu. So kat sini jelas, yang pendapatan gaji bulanan tu bukanlah sesuatu yang menjanjikan. Hampir 90% sahabat sahabat terdekat aku menjana pendapatan melalui sales dan berniaga. Diorang ni pun ada dugaan masing2. Nak kata tak kuat kerja buat sales, macam macam benda dah di cuba, namun rezeki masih belum tertulis walaupun di atas usaha. Situasi ni pun lebih parah, boleh down sampai cium bumi bai.

Mau tak nya, ko dah cuba macam macam usaha, kerja keras, peluh keringat semua ko dah buat, skali hasil 0. Time tu ko minum air neskepe pun rasa payau bai. Hujung bulan nak kena bayar komitmen. Mulut anak bini nak kena suap. Dan bila waktu dan ketika ini lah ko akan rasa bersyukur sebab masih ada sahabat yang mahu menghulur bantuan.

Jadi 2018 akan tiba lagi 2-3 hari. Apa perancangan korang ? masih nak guna format lama atau nak cuba ubah ke format baru ? kalau aku, aku nak cuba format baru. Ada lah beberapa benda yang aku dah rangka, this time around kena buat dengan lebih details dan teratur. Focus focus focus !!. Semua orang dalam dunia ni tak akan pernah tahu apa akan jadi in future walaupun sesaat. So kita kena tawakal dan terus berusaha.

2018, aku nak bunga bungakan hidup aku dengan kegembiraan, kecil besar kejayaan aku nak cuba untuk raikan. Kalau tak dapat raikan bersama keluarga aku akan raikan bersama sahabat sahabat. Kalau tak dapat bersama sahabat sahabat, aku akan raikan dengan diri sendiri. 2018, aku akan cuba jalani hari hari aku dengan penuh makna. Bukanlah bermaksud aku nak kena kerja 24 jam. Kadang kadang tu aku duduk bersembang 2-3 jam kat zaza, foodbank, kedai mamak,  minum dengan sahabat sahabat aku tu pun dah di kira penuh bermakna. Aku nak hargai setiap dari mereka, aku nak jadi sahabat yang paling baik yang diorang pernah ada.

2018, aku berhajat nak tambah anak, semoga Allah SWT kurniakan aku dengan anak lelaki. Maka lengkap lah sepasang. 2018, aku berhajat nak pindah ke rumah yang lebih selesa. Mungkin belum mampu beli banglow, maka akan aku sewa rumah teres. Asalkan bila ada kelapangan aku boleh main main dengan anak aku dekat luar rumah. Boleh cuci kereta sendiri ke, cuci motor ke, tanam pokok durian ke.. hahaha.

2018, aku berhajat untuk kembali bekerja sendiri. Berdiri di kaki sendiri. Aku tak surelah boleh jadi ke tak, tapi kali ni mungkin tak macam sebelum ni. 2016 aku berhenti kerja makan gaji. Time ni lansung takda persiapan rapi. Main langgar je. Duit simpanan pun surut macam air dekat empangan yang baru bukak gate untuk di lepaskan ke sungai. Sekejapan je bai sampai dasar hahaha. Kali ni aku siapkan diri dengan persiapan yang lebih berisi. Harap harap airnya nanti kalau nak surut pun dia surut perlahan perlahan, lepas tu dia naik dan bertambah balik. Amin Ya Allah.

2018, aku berhajat nak bantu adik beradik aku. Aku nak permudahkan hidup diorang. Aku nak diorang bahagia, aku nak diorang kaya raya. 37 tahun bai aku kenal diorang. Takkan lah aku tak nak cuba untuk bahagiakan diorang pulak. Geng hidup ni bukan untuk ko sorang. Dunia ni bukan untuk ko sorang. Even dalam RM 10 yang ada dalam wallet ko tu pun mungkin bukan untuk ko sorang. Jadi sebaik baiknya kita cubalah pasang niat untuk bantu orang. In Shaa Allah kita akan di bantu semula.

Aku pernah terbaca pasal satu cerita antara abang dan adik. Si abang ni bijak namatey. Tapi si adik pula sedikit kebengapan. Satu hari bapa kepada dua beradik ni dah nazak. So sebelum dia mati, dia panggil anak anak dia ni. Dia cakap dekat anak anak dia ni untuk tulis doa yang mereka inginkan di atas kertas dan serahkan kepada bapanya. So diorang berdua ni pun tulis la doa masing masing atas kertas dan serahkan kepada bapa diorang.
Kemudian bapanya berpesan kat anak anaknya. Papa nak kamu berdua sentiasa berdoa sama seperti apa yang kamu tulis di atas kertas ini, dan sekiranya kamu menemui kebuntuan, maka kamu bukalah semula kertas doa kamu ini yang akan papa simpan di dalam kotak ini. So anak anak dia pun mengganguk lah tanda paham. Pastu bapak dia pun meninggal

Dalam tahun tu jugak si abang ni semakin kaya raya, tapi si adik ni pulak hidup makin susah. Duit pun asyik mengharap belas si abang. Lalu mengamuk lah si abang ni, namun si adik tetap diam dan redho. Selang beberapa tahun, si abang ni pulak hadapi masalah. Pening kepala di buatnya. Nak mintak tolong si adik, si  adik pun susah lebih kurang dia. Lalu dia teringat pesan bapak dia dulu untuk buka kembali kertas doa yang dia tulis.
Di bukanya kotak itu dan di baca semula doanya yang di tulis atas kertas tu. Doanya berbunyi “ Ya Allah, kau murahkanlah rezeki aku ya Allah, ko jadikanlah aku kaya raya ya Allah dan kau berikanlah aku rezeki yang melimpah ruah tanpa henti. Amin… “. Lepas je dia baca apa yang dia tulis tu dia kembali bersemangat. Waktu nak letak semula surat dia kedalam kotak, dia ternampak surat si adik.

Lalu dia buka lah sebab nak tahu apa doa si adik sampai dia hidup susah melarat. Waktu dia buka je surat si adik terus dia meraung. Pendek saja tulisan doa si adik yang di tulis atas kertas tu. Doanya berbunyi begini. “ Ya Allah, kau makbulkan lah doa abang aku yang aku sayangi itu, kerna aku tahu dia akan sentiasa menjaga aku di kala susah, kerana dia lebih bijak dari aku. Amin Ya Allah.”

Rupanya selama ini kesenangan si abang adalah berkat hasil doa si adik. So si abang pun menyesal lah dan terus dia bantu adiknya sehingga kedua2 mereka berjaya dan kaya raya. Jadi pengajaran kat sini simple, kau rasa kau berjaya, kau rasa kau kaya atas usaha kau, tapi kau lupa rupanya ada berkat dari doa insan2 yang sayang dekat kau. Jadi jangan hidup mendongak sangat, pandanglah mereka yang di sekeliling kau. Mungkin berkat doa dioranglah kau ada apa yang kau ada sekarang.

Fuhhh panjang gila aku membebel kali ni.. takpala blog aku suke ati aku lah. Tak paksa pun ko baca. Hahaha… aku doakan kamu semua berjaya, maka aku harap korang doakan lah semua yang aku hajati untuk 2018 ini tercapai ya. Terima kasih. Lets go ! Ok dengar lag Ed Sheeran ni abam belanja. 


Friday, 17 November 2017

Berlagu Sebuah Kehidupan

Hujan... bulan november ni hujan macam biasa lah kalau tak pagi, petang. So nak tak nak kena juga drive kereta. Bukan tak suka drive kereta, it's just that, traffic dekat kl ni kalau petang time orang habis kerja, memang gila. Sometimes tu jem atas sebab yang memang tak munansabah. Normally pasal driver sibuk main handphone while driving. Tapi apa boleh buat, aku pun macam tu juga kadang2 kalau dah sangkut lama sangat dalam jem. Ni cara yang paling baik nak hilangkan sangap.

Tapi kan, bila aku fikir2 balik. dulu aku tak puiak macam ni. kalau dalam jem aku boleh je bertenang. Mungkin sebab kalau dulu dengar radio lagu yang di pasang tu semua sedap2 dan Dj takde lah jenis yang syok sendiri. Sendiri buat lawak sendiri gelak. Seriously aku tak bleh brain benda ni. Cuma kalau Johan yang buat lawak tu memang aku gelak. lawak dia natural je beb bukan buat2. mungkin sebab tu ok kot bila dengar dia membebel dekat radio.

Post aku kali ni nak sembang2 lah pasal muzik terkini and how aku relate kan dengan kehidupan dan ride. Aku memang suka sangat dengan muzik ni. Since tingkatan 1 aku dah start main gitar. Waktu sekolah rendah dulu pulak, aku satu2 nya murid yang main rekorder guna tangan kanan kat atas. Biasanya rekorder ni tangan kiri akan atas tangan kanan, tapi aku rasa macam kekok plak, but then aku boleh je buat semua not yang cikgu aku minta buat. So automatically aku jadi murid yang agak rapat dengan cikgu tu huhuhu.. ok enough pasal aku.

Ni nak cerita pasal lagu dan muzik. Zaman aku muda remaja dulu banyak gila lagu2 yang best, dari rock, alternative dan indie. Tapi yang paling sengat lagu2 indon lah. dorang ni memang gila. kaji punya kaji aku terus buat kesimpulan kenapa. 
  1. Kumpulan Malaysia banyak terinfluence dengan muzik dari UK
  2. Kumpulan Indonesia banyak terinfluence dengan muzik dari US
Ini kesimpulan aku lah, tak mintak pun korang setuju. Indonesia ni diorang memang lain sket beb, Kalau kita tergila2 kan dengan liga EPL, diorang ni pulak mendewa2kan liga serie A. Ni satu antara berjuta lah yang membezakan kita dengan diorang. Ok, kumpulan otai2 diorang macam Slank, Padi, Dewa 19 diorang ni memang naik sezaman dengan aku. Yang lepas2 tu ada lah kumpulan lain macam sheila on 7, ungu, samsons.. diorang ni pun best juga, tapi tak lama lepas tu scene diorang ni macam hilang dah. 

Radio kat Malaysia dah makin kurang main lagu2 diorang ni. Bukan tak ada cuma makin kurang. so tetiba generasi skarang ni di sajikan pula dengan aiman tino, sufian suhaimi, banyak lagi lah, aku tak kenal pun tapi dengar jugak lah lagu diorang ni. Kalau rate dari aku aku kasi 2 bintang lah dari 5. Bukan apa beb, cuma kalau korang dengar lagu2 dari Indonesia ni, muzik dia kompak beb. kalau aku tutup mata dan pakai headphone aku boleh dengar jelas setiap bunyik2 yang keluar dari lagu diorang ni. ianya unik. tu pada aku lah..

So apa kena mengena post aku ni dengan gear di kaki. hahaha ok macam ni, ni aku nak kasi tips sikit lah untuk korang yang nak ride jauh2 tu. Aku ulang taip ni Ride Jauh Jauh. bukan ride pegi kedai hock seng beli santan ok, tapi ride jauh2. Bila korang atas hiway tu dengan kelajuan santai 120kmh - 130kmh, korang percayalah cakap aku. Korang sangat perlukan hiburan. Kalau tak konpom korang bosan dan mengantuk. Jadi korang boleh lah save kan lagu yang korang suka dalam handphone korang and pasangkan earphone ketika korang ride tu. tapi ingat !!! volume jangan kuat sangat sebab di khuatiri korang tak dengar bunyi hon kengkawan korang kat belakang tu kalau ada kes kecemasan. 

Ada orang cakap bahaya, meh sini aku beritahu sikit. Ianya bahaya kalau korang buat time ride dalam kl atau pun dalam bandar. Tapi kalau ride jauh seriously takde bahayanya. Bila ride jauh korang automatik akan set kan minda korang untuk alert dengan jalan raya, lori, kontena, rupa bentuk jalan, dan biasanya korang memang akan selalu lah sangat tengok side mirror korang tu. so kat sini bahaya yang di maksudkan ialah bila mana korang tak sedar ada kereta melintang ke, motor tetiba keluar simpang ke, tak pun ada perempuan yang bagi signal kanan tapi masuk kiri. haa yang ni lah bahaya yang di maksudkan. Tapi kalau atas highway bahaya ni tak ketara sangat, so korang boleh je alert kalaupun ada lah kejadian sebegini.

Jadi, bila korang ride jejauh, di temani pula dengan lagu2 sedap memang syahdu beb, sedar2 je dah nak sampai. So ini lah sebabnya aku tulis post ini. Tajuknya pun berlagu sebuah kehidupan. Jadi ni salah satu cara dan tips yang mungkin korang boleh guna pakai kalau nak ride jauh2. Nanti aku akan kongsikan lagi tips yang lain. stay tune.

Dua Kaki Dua Tangan & Berjuta Akal

Bismillah... 

Ok post kali ni lain la sikit dari post yang sebelum ni. Post kali ni aku nak bawa korang untuk berfikir sejenak.. ala sejenak je.. kejap je.. serious kejap.. jom kita fikir dan renungkan eh...

Hidup.... 24 jam dalam sehari.... semua orang yang hidup di muka bumi ni akan menikmati jumlah jam yang sama. Tak akan ada sesiapa pun yang akan dapat lebih dari 24 jam walaupun sesaat. cuma yang membezakan kita dan orang lain ialah bagaimana kita manfaatkan detik masa yang di beri ini. 

kenapa ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang senang dan ada yang susah ? jawapannya ialah " Bagaimana kita menggunakan masa yang di beri ". Kebanyakan orang yang kaya dan berjaya ni, dia habiskan banyak masa untuk buat sesuatu yang berfaedah. dan kebiasaannya orang yang kurang berjaya ini masanya banyak terbuang dengan perkara yang kurang faedah. 

Ok, aku tau topik ni memang tak berapa best untuk di bincangkan mahupun untuk di fikirkan. Tapi aku rasa ada baiknya kalau sesekali kita cuba untuk luangkan masa renungkan benda ni. Aku tak tau untuk orang lain, tapi kalau untuk aku lah, aku suka kalau hidup aku ni aku dapat habiskan tanpa rasa risau yang berat. Bayangkan kejap kalau korang ada kelebihan untuk lepak, berehat tepi pantai, nak shopping bila bila masa, order makanan tanpa perlu tahu berapa harganya... boleh pergi melancong sana sini.. hassle free, kepala tak pening, duit tu sentiasa ada.. best kan.. 

Seorang CEO yang bergaji rm100k sebulan mungkin tidak punya masa sepenuhnya untuk menikmati kebahagiaan berkeluarga, mungkin juga dia tak punya masa untuk pergi bercuti berehat di tepi pantai. Betul duitnya memang banyak tapi masanya pula terhad. Seorang mat despatch yang hanya dapat gaji bulanan serendah rm900 sebulan, tapi mampu untuk mengembara ke negara jiran setiap bulan. Nampak tak perbezaan kat sini. 

Cuma benda ni kalau nak dapat dia takkan datang sendiri melainkan kalau korang menang nombor ekor RM 69 juta. time ni pula aku rasa kalau korang menang pun korang tak kan rasa bahagia maybe korang akan jadi gila. ye lah, batak kejap tak tau apa nak buat dengan duit tu. Confirm keluarga pun akan porak peranda jadinya. 

So aku rasa cara terbaik untuk dapat rasa kesenangan ni adalah dengan menggunakan sepenuhnya Dua Kaki Dua Tangan & Berjuta Akal yang Allah bagi ni. Slow2 kita rancang apa sebenarnya yang kita nak. Pengertian maksud sebuah kebahagiaan untuk sesorang itu subjektif. Mungkin dengan memandu kereta mewah akan mendatangkan kebahagiaan untuk seseorang, dan di sebaliknya mungkin ada yang berasa sudah cukup bahagia untuk pergi mengembara menaiki motor ke negara orang..

Harini kau rasa down, kau rasa hidup kau lah yang paling suck dalam dunia ni. Kau rasa tuhan tak adil, kenapa lah kau je yang susah orang lain senang. Kalau kau ada rasa benda ni, kau rilex kejap. Tarik nafas dalam dalam. Lepas tu kau belek balik diri kau tu. Cukup tak makan pakai kau. Baju kau lengkap tak, kasut kau koyak tak, kenderaan untuk kau berjalan ke sana sini tu boleh bergerak tak ? kalau semuanya ok, maka ketahuilah bahawa hidup kau masih ok. 

Dalam kl ni, mesti kau biasa nampak orang tadah tangan mintak sedekah, baju koyak rabak, tah makan tah tidak dia minggu ni. Sekarang kau fikir balik, kau rasa apa agaknya yang diorang fikirkan dalam kepala hotak diorang tu kan. So begitulah geng. Langit itu sentiasa rasa tinggi jika kita mendongak dan tanah itu hanyalah sejarak bongkok untuk di cecah. Kalau kita nak rasa kaya dan senang, kita pandang saja ke bawah. kalau kita nak rasa miskin dan susah cukuplah sekadar mendongak sejenak. Pasti kau akan lebih rasa syukur dalam diri.

Topik dua kaki dua tangan dan berjuta akal ni aku share sebab aku ajak korang bersama sama aku fikir sehabis baik, apa kita boleh buat dengan benda ni. Kaki untuk berjalan mencari kerja, tangan untuk di gerak melakukan kerja dan akal untuk berfikir apa kerja yang kita nak buat. 

Biar kita tentukan apa yang kita akan jadi, bukan orang lain, bukan siapa siapa. Ok lah harini pun hari jumaat. So topik ilmiah sket la geng,. jangan marah.. pasni aku up post pasal motor balik. Dengar cerita Sahabat kita Rezo dengan Dzul ride ke Hatyai harini naik kapcai. Semoga diorang di permudahkan segala urusan sewaktu ke sana pergi dan balik. Amin Ya Allah. Ok gais, gear di kaki mengundur diri.. apa? video vlip ? ok nak aku belanja video clip ni untuk korang k.. enjoyyyyy






Thursday, 16 November 2017

Solo Ride Yamaha Y-15 ke Bukit Tinggi

Assalamualaikum... Alrite3... seperti yang di janjikan.. 

Post kali ni berkisar tentang sorang member ni. Hidup dia dari zaman sekolah sampai lah dah beranak tiga ni, memang tak pernah lekang dari jentera dua tayar. Kalau tak silap seawal usia 15 tahun dia dah pakai motor RG Sport warna merah. Kekuatan motor ni memang satu taman sedia maklum.. sekali dia jalan lalu depan rumah korang, pejabat kesihatan tak perlu dah buat fogging sebulan. hehehe.. motor biasa2 je.. tapi asap dia memang gila.. tah macam mana tah boleh jadi sebegitu banyak. Mungkin ada petua di sebaliknya hahahaha..

Motorsikal kedua pula kalau tak silap Yamaha 125z. Waktu ni dia belajar dekat politeknik ipoh. Motor warna biru. Tapi time ni asap motor dia tak lah sebanyak dulu. Mungkin dah sedar diri kot. Lepas tu tak silap dia pakai ducati reban. Dia pakai ducati zaman ducati terkenal dengan dry clutch lagi. kalau korang tak tau apa tu dry clutch rajin2 lah google k. 

Lepas tu dia pakai Yamaha R1 tahun 2006. Bedesup poie eh.. siap salut badan dengan kulit kangaroo lagi bai. Lepas tu dia beli pulak Kawasaki Z800. Dan sekarang dia baru keluar Yamaha Y-15, pun warna biru jugak. Ni lah serba sedikit pasal budak kecik yang aku berkawan dari zaman skolah lagi.. boleh tahan lah juga kan dia punya profile.

Ok back to the story.. minggu lepas, tahap kesengalan dia pun berkunjung tiba. Dengan tak semena mena, dia petik nak pergi ride ke bukit tinggi. Korang tau tak time tu pukul berapa? pukul 1 tengahari dan hari selasa. Memang takkk lahh kengkawan nak follow. hahaha tapi jiwa mamat ni memang kental sekental berus jamban. Eh betul la perumpamaan ni. Sepanjang hidup korang, berapa kali korang beli berus jamban ? sekali je kan.. haa kental lah tu.. hehehe jangan marah bushhh nanti kena jual.

So dengan hati dan semangat berkobar kobar, mamat ni pun terus start motor, sarung helmet appolo 88 dia dan hanya berbaju tshirt round neck, memecut laju di atas hiway karak. (Sila jangan tiru adegan ini). Baiklah, perjalanan pun bermula. Dia isi minyak di shell jalan gombak dan terus full throttle menuju ke hiway karak. Katanya time dia ride tu biasa biasa je cuma panas yakmat sebab tak pakai jaket. 

Untuk pengetahuan semua, senario ride di hari bekerja agak berbeza dengan ride di kala hujung minggu. Ini kerana di hari bekerja, lori lori besar dan lori kontena tersangat lah banyak atas jalan raya.. jadi cara nak ride pun kena berubah. Penggunaan signal tangan dan hon amatlah di perlukan di waktu sebegini. Korang kena sentiasa aware sebab lori time2 macam ni dia pun tak sangka korang nak buat kerja gila pg solo ride tengahari buta, jadi menunggang lah dengan berhemah.

Sampai je dekat exit bukit tinggi, dia stop kejap untuk check condition tayar sambil hisap rokok sebatang dua. Ni penting gais, sebelum engkorang nak meleper tu berhenti kejap buat pemeriksaan dekat tayar and brek korang. Ni normal practice, sebab tu kalau korang perasan banyak abam2 bikers moto besau berenti kejap dekat stesen minyak. korang ingat suka2 ke nak menyemak kat stesen minyak tu? diorang berenti isi minyak pastu check tayar pastu tunggu member je, takda maknanya nak bikin port lepak kat sinun.. hehehe so di harap korang ikutlah amalan baik ini ya.

Ok, start motor dan dia pun mula lah meleper. Along the way naik bukit tinggi tu dia cakap sunyi yakmat.. sampai tetiba bulu roma dia tegak. Bukan sebab nak terberak, tapi sebab takut kena samun. Tapi biasalah bikers kental benda2 macam ni jadi no 2. yang penting lepas gian atas motor dulu. Di pertengahan pendakian dia berhenti kejap untuk ambil gambar. Part ni memang perlu sebab kalau korang tak ambil gambar, nanti percaya lah.. takkan ada sorang pun kengkawan engkorang yang akan percaya korang pegi buat solo ride. tak caya sudah.. hehehe ni gambarnya


Sayup je corner dekat bukit tinggi ni.

Cantik kan cuaca, syahdu je tambah2 pulak kalau hisap rokok sampoerna.. perghh

Ni antara contoh mengemukakan bukti hehehe
Lepas berhenti ambil gambar bukti, dia pun teruskan lah pendakian.. Bukit tinggi ni corner dia kecik dan pendek, jadi siapa yang meleper guna kapcai memang sangat best.. kalau pakai superbike bukit tinggi ni agak mencabar. Sebab kebiasaannya superbike akan memilih high speed corner macam sungai koyan. Kalau bukit tinggi dan kuala klawang ni stamina kena kuat sikit sebab nak turun naik motor tu beban dia agak berat berbanding kapcai.




ni cara2 mengemukakan bukti bergambar yang korang dah sampai atas ke puncak hahaha
ok bila dah sampai atas tu, rajin2 lah snap gambar motor kesayangan korang dan juga muka korang sebagai kenang2an.. dan jangan lupa hantar ke whatsapp kengkawan korang bersertakan dengan #Pengembara konpom yang lain tu hati panas je.. hehehe

Settle je panjat bukit tinggi, langit pun dah nak gelap gelita. Apalagi bergegaslah kawan kita yang sorang ni turun ke kaki bukit. Along the way turun tu memang kebiasaannya akan rasa sedikit seram dan sunyi. Biasalah orang2 tua selalu cakap ada lah yang melambai tak kasi korang balik tu. Cumanya kalau kebiasaan yang aku buat dalam situasi ni aku akan banyakkan berselawat atas motor tu. In Shaa Allah di jauhkan dari benda2 yang tak sepatutnya. 

Ok rumusan dari solo ride kawan ni ialah, Jumlah masa di ambil sepanjang solo ride nya dalam 2 jam setengah KL - Bukit Tinggi - KL. Jadi saranan untuk pembaca2 kesayanganku, korang patut cuba buat solo ride ni, sekali dalam seumur hidup korang tu mesti kena buat. Mulakan dengan yang dekat2 lepas tu tanam cita2 solo ride ke negara orang pula ya.

Jadi cukup sampai di sini untuk post kali ni.. Gear di Kaki mengundur diri, salah dan silap tu korang jangan la simpan dalam hati. Video clip kat bawah ni untuk korang. chowww







Wednesday, 15 November 2017

hello there....

Bismillah... Assalamualaikum...

Perghhh lama gila tak buka blog ni ever since accident 3 tahun lepas. Hampir aku terlupa akan kewujudan blog ni. Alhamdulillah kecederaan kesan eksiden sebelum ni dah semakin pulih. Takde lah teruk sangat, 3 titanium plet dan 25 skru je dalam badan huhuhu.

Ok lah so sekarang ni aku dah nak mula menulis balik dalam blog ni. Harap2 di berikan kekuatan dan sokongan dari kawan2 semua. Cerita apa yang akan aku tulis ? masih sama, pasal jentera dua tayar jugak dan juga sikit2 lah kisah kehidupan. Terpulang kat korang nak baca yang mana satu punya post ok.

Baiklah, sekarang ni kebanyakkan kawan2 aku dah mula menggatal nak main motor kapcai pulak. Habis semua kena racun, dengan aku2 skali terlibat. Aku rasa ini semua terjadi sebab mid life crisis lah.. habis takkan nak salahkan kerajaan je kot ? cuba sesekali salahkan diri sendiri pulak. huhuhu

Punca utama diorang ni semua terjebak dengan motor kapcai adalah selepas yamaha mengeluarkan jentera Y-15, cantik motor ni, tayar besar, design cun cc pun 150.. mana mungkin hati tak tertawan. Tak lama kemudian, honda pula mengeluarkan jentera honda 150r jenis kapcai. Pulak tu di keluarkan pula dengan design repsol... perghh merecikk... jadi tak hairan lah bila nombor plet RS 150 dari perlis terjual dengan harga RM 7k++. Ulang taip terjual dengan harga RM 7k ++. 

Jadi kat sini aku nak ingatkan lah dekat hampa2 semua, jangan pandang geng2 kapcai yang tengah konvoi ni sebelah mata.Kebanyakkan dari mereka ni ada sebiji dua superbike dekat rumah, dan banyak rider2 kapcai ni orang2 berumur macam korang lah. aku muda lagi baru habis PMR. eh !! cuma kalau korang nampak yang menunggang kapcai ni macam setan dan muda tu, pecayalah yang motor mereka tu mak pak diorang yang bayau bulan2 hehehe.. alaaa sentap letew kene petik.. kikikiki

Ok berbalik dekat cerita kapcai ni, serius beb, memang sedap menunggangnya. punya lah sedap ada kawan aku sorang ni sampai buat solo ride ke Kuala Klawang dan ke Thailand. Yang sorang ni pula buat solo ride naik bukit tinggi hari selasa sorang2.. tengah sedap letew.. kalau tak mana mungkin diorang ni berkelakuan sedemikian.. (ke sebab cinggey) wallahualam.

Nanti untuk post2 akan datang aku akan story sikit pasal solo ride diorang ni. Manalah tau korang bakal terinspirasi ke. But seriously kadang2 solo ride macam ni lah yang akan memberi korang ketenangan dan masa untuk diri sendiri. Atas motor tu lah nanti korang akan memikirkan semua jenis masalah korang nak menagis ke nak menjerit ke tak ada siapa yang nak menghalang. But make sure lah korang tenang lepas buat solo ride tu. Ingat pesan aku ni, Masalah datang untuk korang hadap, bukan untuk korang lari. 

Dengar cerita diorang ni akan ke Hatyai dalam minggu depan kalau tak silap. lepas tu bulan 4 diorang akan ke Phuket pulak. so rajin2 lah singgah blog aku yang tak seberapa ni untuk sebarang update ya. 

last but not least, besar lah hati aku kalau korang2 semua panjang2 kan blog aku ni dekat rider2 kapcai yang lain.. tiupkan semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi. Eh dekat geng2 superbike pun boleh sampaikan jugak. motor aku dengan motor budak2 ni ada je lagi. nanti sesekali kalau kiterang ride moto besau nanti aku selit2 kan lah storynya ya. 

ok, aku tinggalkan korang dengan video biker legend ni. Dia pun solo ride gak dalam video klip ni. siapa tak tau lagu ni lagu apa sah lah korang geng2 wicet n ravers. Pi dok sana jauh2 sikit.

Rilek brader ! brader Rilek ! Gear di kaki mengundurkan diri... aummm...





Wednesday, 20 November 2013

Hore Hore... Hip Hip Hore...


Rilek Brader, Brader Rilek..

Assalamualaikum semorang... hehehe this time a bit story of ride.. multiple ride story.. ade yg jenjalan carik corner n makan, jenjalan time ujan and ade gak jenjalan jauh sampai ke Thailand sana.. pastu this time around i'll upload some picture as well... so sit back, relax and enjoy the journey k... 

First story

This supposed to be a group of 5-6 bikes basically, but end up jadi 3 bikes je.. bad bagi alasan meniaga, ari alasan meniaga gak, aku plak bg alasan nk team up dekat karak.. nk jmpa dekat karak tu sebab dah tebangun lambat.. tu yg plan nk team up dekat karak je.. xsampai ati lak nak bg kengkawan tunggu berejam.. kang bebakul2 lak maki di terima hahaha.. ok so the riders is Jamal, Zaki and Mustaza. RV dkt Shell summit usj - breakfast dekat RnR Dengkil pastu shoot trus kuala klawang pastu benty makan kat somewhere in between pastu shoot ke karak melalui pelangai.... pergh... ni mau 2-3kali isi minyak ni.. basically this kind of ride can consider as "ride2 suke hati aku lah nak pg mana.. " hehehe kalau mengikut maklumat yg limited dari diorang ni, aku can consider the ride is super syioookk sebab byk tempat baru diorang redah pastu lak dengau cite route yg diorang select ni banyak lah jalan2 bersimpang siur yg tidak berliku.. bermaksud byk simpang siur, pastu xde liku.. so meleper lah kerjanya.. kalau byk simpang siur n berliku maknanya xble la nk meleper sebab jln yg berliku tu kalau silap handle mau jadi jalan yg makan dagu hehehe.. tapi alhamdulillah kesemuanya selamat sampai.. pastu di beritakan juga sepanjang journey diorang tu cuaca teramatlah baik.. so kat situ dah add up 1 lg good point utk ride yg harmoni.. bahahaha ape lah aku mencarut ni.. xpe2 continue.. so diorang ride dari pagi pastu akan team up ngan aku dekat karak, but end up jmpa dekat genting sempah.. deymm.. xpe tu story no 2.. jap lg aku cite.. ok ni gambau diorang aku upload sebe sedikit.. hehehe xpe kan upload gambau.. menteri perumahan tau kan u olls g ride.. hehehe


RnR dengkil kalau x silap sebab cam kusi n meja tuh..

isi perut dulu sebelum the journey start... kang hilang focus penunggangan.. hehehe

ok dah nak gerak dah.. 
ok depa nak gerak dah.. tapi len macam sket la gambau ni.. ni confirm bkn dkt RnR dengkil ni.. sorry geng x tau korang benty mana.. tapi ni je gambau yg aku ade so xbleh nak cite dengan selanjutnye.. len kali sile beri summary yg lebih terpeinci eh hehehehe

ni mana dtg er6 lak ni..

sama je style possing diorang hehehehehe
yg ni rasenye diorang stop dekat kuala klawang kot, x pun pelangai.. makan n berasap letew.. hehehehe so diorang benty lepak2 kat sini sambil hirup udara kampung. diorang akan terus shoot ke karak.. kat situ lah patutnya kami akan berjumpa... tapi..... 

Second Story

Ok, story two ni aku pnya story plak.. tapi banyak nau liku2 dia,.. so layankan je lah ye.. hehehe.. ok tgk jam time tu dah dekat pkl 12 dah.. so aku pun start lah moto menuju ke karak hendaknya.. sedang aku melayan keindahan hutan rimba dan kicauan burung sewaktu menyusuri lebuhraya karak sambil di temani oleh cuaca yg baik di tambah pula dengan pulasan throttle dengan gaya manja yg menghasilkan kelajuan sebanyak 70-80kmh je... arghhh sonoknye dapat ride di hujung minggu.. alhamdulillah.. thank you ALLAH.. but seriously.. bersyukur sgt2 sebab dapat rasa n nikmati keindahan bumi tuhan dan udara yg sangat segar.. penuh trus rasenye tangki oksigen dekat peparu ni bai.. nyesal plak rasenye sebab tewas dengan tuntutan tidur pg tadi.. kalau x, konpom gambau di atas akan ada 4 pelakonnya hehehe.. ok pastu tetibe lak ade JPJ wat roadblock... alahaiiiii... nak marah n menyumpah dah memang keje dia.. dia pun nak carik rejeki halal utk bg anak bini makan.. so sebagai rakyat yg prihatin aku xnk lah meneruskan seisi mencarut kat diorang.. terus aku menegakan badan sambil mencuba utk memberi satu wajah dan senyuman yg sehabis mulia dah ni.. dengan harapan dia kasi lepas lah tanpa perlu di periksa.. hasilnya gagal gak.. maybe dia x nmpk aku senyum sbb helmet full face kot.. adehh... " ok,ok.. awak sumenye ok.. tapi sy sakit betul mata tgk no plet awak ni.. rase macam di cabar2 lak utk amik tindakan.." kate enchik JPJ tu kat aku, " Eh, kalau plet cenggini gayenye mmg salah ke Enchik?" kate aku wat2 bodo plak... " xyah nk wat2 x tau lah.. kang aku bg surat kang.." kate enchik JPJ tu smbil jengkilkan bijik mato dia kat aku.. hehehehe " ok, ok enchik.. sy tau sy salah.. sy mntak maap sgt2 nnti blik sy tukar balik pakai yg standard" kate aku plak.. pastu JPJ tu pun kasi lah aku warning.. trus mood hilang and potong.. xde dah burung2 bekicau, udara lak tetibe je penuh ngan asap lori.. trus patah balik and buat keputusan nk tunggu kat genting sempah je.. kol jamal, alert kan pasal roadblok kat bentong.. pastu aku trus melepaskan kemarahan aku kat throttle dan juge kepada kete2 yg memandu secara kuangajaq.. wei..!!! roadtax muto aku lg mahal lah dari roadtax kete ko tu.. so sile lah bagi laluan.. sambil memulas throttle dengan kelajuan yg melebihi halaju yg di benarkan hehehehe....ok pastu aku pun sampai lah genting sempah.. minum air sarsi sejok nk kasi panas hati ilang.. 

kat genting sempah lak dah macam pesta lak aritu.. kalau x macam pesta pun dah macam org nk g tgk motoGP kat sepang.. ramai gile.. so cuci mate je lah sambil tunggu diorang sampai.. haaaa sampai pun diorang.. eh tapi nape 2 bijik je? oh... di beritakan mustaza trus gerak balik.. so moto kembali menjadi 3 bijik... pastu lepak jap tunggu ujan benty.. ha... nak tambah syahdu kan.. dah la kene roadblok pastu dan2 hujan lebat.. what a day... 
ok ujan dah benty, kiteorg nak naik genting lak







Time ni Zaki xdapat join

ok time ni kiteorg dah nak naik genting dah.. tapi Zaki xdapat join atas faktor kondisi tayar yg sangat tidak mengizinkan.. pastu jalan lak basah... so decided utk balik.. so tinggal lah aku ngan jamal nak mengharungi jalan memanjant genting..xpe mal.. hidup mesti terus.. so bertulak lah kami berdua.. 

baru dalam 3-4 corner trus ujan lebat... aku lak time tu dengan tshirt round neck je la pulak.. so mengigil tak keruan bai.. niat di hati terpaksa berkubur.. dari nak naik genting trus je aku turun ikut awana.. sejuk sgt2 bai.. so turun ikut awana - btg kali - ulu yam.. memang adventure habes.. kengkadang tu terovershoot gak.. hujan all the way sampai lah ke petronas dekat kg bendehara tu.. perghhh basah lencun luar dalam.. glove siap boleh perah lagi tu.. boxer xyah cakap lah kondisi dia.. so berenty jap kat petronas.. kincin.. sambil jamal tunggu jamal isi minyak.. pastu kiteorg shoot trus ke kedai mamak depan welly bt kep.. time ni pekene neskepe panas.. sangat A.! thank you ALLAH.. alhamdulillah.. selamat gak kiteorg sampai.. pastu tru hallo Ari.. xlame pastu ari pun sampai..

lepas neskepe panas, kene teh o panas plak..


fehhhh.... punyalah lege dapat pekene air panas sambil hisap rokok.. pastu buat2 xnk layan burung yg sedang dalam kesejukan sambil gatal2 sebab boxer basah hahahahaha... pastu lepak lah sambil bebual2 perkara yg xde paedah sambil tunggu ujan berenty.. ok ujan dah berenty.. kiteorg nak cuci motor...

cuci
ok lah.. nak kempen sket utk kedai cucian kete member ni sebab dah janji.. kedai dia ni dekat Petron sri gombak, sebelah kedai makan aka medan makan, bersebelahan dengan BHP dan sebaris dengan Petronas.. perghhh kental nak carik makan ni.. persaingan sebelah2 hehehehe tapi xpe yamin san.. rezeki tu ketentuan ALLAH.. insyaallah ada tu utk ko.. hehehehe
lagi cuci
ok bukan pasal nak up kengkawan.. tapi memang siyes.. cucian dia bersih n berbaloi2.. puas lah diorang sental moto aku tu.. dari beli sampai skrang baru skali basuh.. so jangankan kotoran degil.. kotoran yg dah 3-4 kali kuar masuk penjara pun ade kat spotrim tu.. hehehehe

haa... ni lah tokey dia.. sental min.. jgn x sental

harga pulak boleh runding dgn owner.. manalah tau kalau2 ade lak yg nak mintak diskaun hehehe.. ok lah pastu lepas cuci kami pun balik.. end of second story..

Third story

ok last story dah ni.. bukan ape.. sebab dah berjanji dah ngan kengkawan nak cite pasal diorang pnya ride plak.. so here we go.. route: Gombak - rawang - spg pulai - kuala kangsar - lenggong - grik - pengkalan hulu - THAILAND...

start gerak jam 430am sabtu.. RV kat hentian rawang.. ride ni ramai gak dalam 9-10 bijik gak.. so diorang lepak minum sambil tunggu sume datang dulu.. sambil mengunyah nasik lepak dan karipap kedai makcik.. pastu isi minyak jap kat pertronas.. haaa kat sini berlaku satu insiden peri kemanusiaan seorang bikers yg sangat tinggi.. heheheheheeh pecah perut wa bai.. ok xpe2 continue.. benty kat stesen isi minyak RM10 tapi kuar duit RM 30.. hahahaha best2.. RM 20 tu bg sedekah sebab brader bikers ni memang pemurah hati.. tolong menolong... hehehehe.. ok dah stop kutuk.. ok pastu bile sume dah sampai diorang pun gerak lah dengan kelajuan yg sah akan menarik perhatian kamera AES, tup2 dah berenty lak kat tapah.. ape kes?? bkn patut benty kat simpang pulai ke?? alaaaaaa bader pefek plak nk pekene mee kari.. puihhh.. 430am pun dia punya napsu makan tu ade lg.. so benty lah nak melayankan bader punya pasal..

ni namanya parking kuang ajaq
ni namanya parking kuang ajaq.. janji dekat dengan pintu nk pg RnR.. hehehehe 
ok pastu bleh plak makcik jual mee kari tu tutup kedai.. hahahahaha penyudah makan nasik lemak je lah bader.. xpe bader rilex... ok diorang x lepak lame sebab nak kejar masa nk masuk border awal, so trus shoot smpai lah ke kuala kangsar.. 
moto ari
haaa smpai dah kuala kangsar.. 
ok diorang sampai dah kuala kangsar.. aku x sure nape diorang ni xnk amik gambau moto secara berpasukan... rasenye x dapat perlepasan dari menteri perumahan letew.. hehehehe jgn mcm tu geng.. kite nak ride jauh ni.. so org rumah tu kene lah di beritahu dan mintak izin bebaik.. kang papehal sian plak diorang kt rumah tu tak tau kite g mana.. 

ok so continue ride....


pastu diorang benty makan lagi pulak kat pengkalan hulu.. isi perut siap2 katenye... pastu benty isi minyak lagi kat petronas sambil beli stok rokok.. kat thailand x jual dunhill katenye.. hehehe

benty beli rokok..

haaa... ni lah bader pefek... konon2 pakai cap airasia tu terasa Zulfahmi letew.. puihhh.. tapi siyes.. bader pefek ni lah org yg paling di sayangi dan baik hati.. motor pun laju.. R1, pastu tgk multistrada nak beli multistrada plak.. pegangan x tetap la brader ni.. puihh... ok lah pastu end up diorang masuk thailand pkl 9am Malaysia so 8am thailand.. terus shoot ke hotel utk urusan check in, rilex2 badan.. pastu continue shooping.. al maklum lah shooping kat thailand ni murah2.. pastu byk pilihan.. x macam kat malaysia.. dah lah mahal.. pastu x banyak lak tu pilihan.. pastu sume made in China.. xde originaliti lansung.. kagum sangat ngan Thailand ni.. diorang bangga sangat ngan produk diorang tau.. xcaye cube tgk atlet2 diorang.. sume pakai jersey FBT. so kat thailand lah yg kita boleh dapat shooping and choosing their originaliti.. :)

akhirnya dapat gak amik gmbau beramai2

brader pefek punya R1 tu dah bleh wat tukun dah tu...
ni gambau kt belakang hotel.. ok hotel ni sebab ada parking dalam, berbumbung, siap ade guard lagi.. bilik pun diorang ckp ok. rate pun murah... 

pastu cerita selanjutnya pasal ride diorang kat dalam thailand tu xde lah pulak diorang cite.. tapi rasenye byk kot sebab kat sana ada terowong komunis, kolam air panas, terowong singkat, sitting buddha, pastu ade giant mailbox, pastu macam2 lg lah.. so pepandai lah google nk tgk ape je yg ade kat sane ye hehehe....

asal amik gambau je kat moto ari
muke hadap kamera, mata pandang multistrada.. hehehe
moto kecik pun boley..
ni gambau diorang nak balik dah time ni.. sorry geng xbleh nak cite pepanjang pasal ride korang ni sebab aku x join.. pastu korang plak cite xhabes.. xpe2 len kali nanti aku join korang punya ride aku cite full story lah eh... 

arghghhhhh settle pun satu bab.. tertunai lah sudah janji2.. ok geng.. hope u guys will enoy the story.. aku nk masuk meeting dah.. bye... 


P/S: utk tgk video2 yg aku upload dlm blog ni, sila layari menggunakan laptop. pakai Hand Phone xdapat tgk video2 dia.. 

i leave u guys with this video.. tet tet tet tet tet tet... oh indahnyaaaaaaa :D








Tuesday, 29 October 2013

dah lame dah.....


Rilek brader, brader rilek....

wahhh dah lame gile dah x berblog ni.. almost forgot on how to operate this site.. anyway this post ni acctually dah lame berjanji dah ngan kengkawan utk upload gambau moto diorang.. tapi bile ade je mase nak tulis.. dan2 tu boss bg keje.. pantang nampak orang nak rilek sikit... nk kene jage staff lah, tender lah, mcm2 hal... 

ok continue.. 

So.. on my solo ride plan need to be postpone to a new date.. due to the bzness over the weekend.. (sakit ati) but seriously.. by hook or by crook this journey need to be complete. nak gak rase sekali dalam seumur hidup.. Baru2 ni ade lepak ngan abg bob, dia baru balik dari krabi ride.. tak ramai pun dalam 4-5 bijik motor je.. sonok gak dengar dia punya story.. habes koyak rabak jacket kesayangan dia sebab bawak laju nau.. (dia kate lah) hehehehe.. tapi aku percaya, sebab kalau dah group ride ni, sikit sebanyak konpom tebakau gak darah bile tgk kengkawan yg lain pulas minyak mcm xde esok hari.... huhuhuhu xyah lah nak sembang kalau kengkawan nk perah kite nak still dalam keadaan skema menunggang mengikut had laju yg di tetapkan.. sume tu Pedaah..! hehehe. Menurut abg bob, skrang ni bikers kat thailand ade problem sket ngan bikers malaysia.. ni kes bdk2 mesia g curik moto bdk2 thailand lah.. tapi aku x pasti plak pasal kesahihan cite ni.. so dont want to simply jump to the conclusion.. need to do some findings dulu.. abg bob ckp dia punya ride this time, more to santai ride.. al maklumlah org tua yg berjiwa muda.. so terase nak berenti dia berenti, terasa nak laju dia laju.. terasa nk singgah dia singgah.. best gak kan ride cenggini.. tapi utk aku most probably tak kot.. sebab tight with time.. unless kalau dapat lesen besau dari kementrian dalam negeri (Girlfriend) utk pg ride.. most probably aku akan buat the same thing.

Over the weekend jamal ade pg ride dgn bad.. diorang belasah ulu yam, awana and karak kot.. aku mcm biasa........... tak dapat ikot (nangis). hey3 jgn jump to conclusion eh.. bkn sbb gf x bg.. tapi sebab ada urusan lain.. hehehe. So jamal n bad as conclusion ckp diorang punya ride memang best habes.. tak tau lah mcm mana nak comment sebab aku tak join.. tapi aku rase konpom best sebab bad experience rider.. byk bleh blajar dengan mamat nih.. xpe nanti aku upload skali gmbau bad.. aku memang nak sangat belajar dari bad ni.. especially mcm mana nk mengenali moto.. bab2 nak cornering tu aku just nak dengar je tips2 dari dia.. nak buat praktikal... errr xpe bad ko jalan dulu.. nanti tunggu aku kat destinasi seterusnya.. 

oppss.. telupe lak.. dengar cite bader pefek pun mcm dah nak dapat lese dari tunang utk beli moto yg lebih banyak kuasa kudanya.. tq kat ari sebab bg bader pefek pakai muto dia waktu ari g bandung.. steady la bader pefek.. !! tapi wa syak tunang lu sailang balik tang corner tu.. hehehehe xpe lah bro.. errr err errrr  pun ok what. :D

Ari bitau dia beli jacket kat indon dapat murah.. lebih kurang dalam RM600 +-, untung lah dapat beli jeket.. pastu dengar cite, dia dah sambar boots alpinestar skali.. koaja.. cepat btul bebelanje.. rilek brader, brader rilek.. muto lu baru sampai 200km je milage dia hehehe..  

Ok.. aku lak moto tu dah bleh di kategorikan sebagai moto hiasan.. dah naik berabuk dah kat umah tu.. paling kuat pun pepagi start bagi engine panas.. pastu simpan.. ade gak kengkadang tu bwk moto g opis.. tapi ape ke jadah tak.. boss lak nak amok wa bawak moto.. puihhh.. teruk btul wa kene kawal ni sampai bawak moto g keje pun kene sound.. tapi kite amik positif lah.. maybe sebab dia xnk baju aku bau lori kot.. sbb tu dia suruh bawak keto je pg keje.. ni lah antara sebab nape moto tu dah bleh letak dalam frame.. cukup bulan bayar kat bank..(nangisss).... ok lah nak upload few picture moto kengkawan..
Gambau dari belakang.. memasing helmet mengarut.. (low profile katenye.. :D)
Moto jamal.. (yg ni pakai seminggu dah bleh trus servis.. rider ni mamat ni.. hehehe)


moto aku yg putih tu lah.. moto jamal yg tengah moto ari yg ujung.. dua2 masih panas baru kuar oven lagi tu.. hehehe
Moto Ari ( ni pun kes moto dah bleh masuk frame dah ni.. )
haaaa... ni lah moto bad.. bleh try check la tgk track record dia kat sepang.. naik podium katenye.. tak tau lah betul ke tak.. hehehehe bad rilek brader, brader rilek..

haaa... ni lah bad.. tengok jacket dia dah nampak dia rider cecah dagu kan.. hehehehe
hehehehe... ok lah.. bull dah menyalak2 ajak teman dia hisap rokok dah... so aku continue next time.. 


rilek brader, brader rilek...