Friday, 17 November 2017

Berlagu Sebuah Kehidupan

Hujan... bulan november ni hujan macam biasa lah kalau tak pagi, petang. So nak tak nak kena juga drive kereta. Bukan tak suka drive kereta, it's just that, traffic dekat kl ni kalau petang time orang habis kerja, memang gila. Sometimes tu jem atas sebab yang memang tak munansabah. Normally pasal driver sibuk main handphone while driving. Tapi apa boleh buat, aku pun macam tu juga kadang2 kalau dah sangkut lama sangat dalam jem. Ni cara yang paling baik nak hilangkan sangap.

Tapi kan, bila aku fikir2 balik. dulu aku tak puiak macam ni. kalau dalam jem aku boleh je bertenang. Mungkin sebab kalau dulu dengar radio lagu yang di pasang tu semua sedap2 dan Dj takde lah jenis yang syok sendiri. Sendiri buat lawak sendiri gelak. Seriously aku tak bleh brain benda ni. Cuma kalau Johan yang buat lawak tu memang aku gelak. lawak dia natural je beb bukan buat2. mungkin sebab tu ok kot bila dengar dia membebel dekat radio.

Post aku kali ni nak sembang2 lah pasal muzik terkini and how aku relate kan dengan kehidupan dan ride. Aku memang suka sangat dengan muzik ni. Since tingkatan 1 aku dah start main gitar. Waktu sekolah rendah dulu pulak, aku satu2 nya murid yang main rekorder guna tangan kanan kat atas. Biasanya rekorder ni tangan kiri akan atas tangan kanan, tapi aku rasa macam kekok plak, but then aku boleh je buat semua not yang cikgu aku minta buat. So automatically aku jadi murid yang agak rapat dengan cikgu tu huhuhu.. ok enough pasal aku.

Ni nak cerita pasal lagu dan muzik. Zaman aku muda remaja dulu banyak gila lagu2 yang best, dari rock, alternative dan indie. Tapi yang paling sengat lagu2 indon lah. dorang ni memang gila. kaji punya kaji aku terus buat kesimpulan kenapa. 
  1. Kumpulan Malaysia banyak terinfluence dengan muzik dari UK
  2. Kumpulan Indonesia banyak terinfluence dengan muzik dari US
Ini kesimpulan aku lah, tak mintak pun korang setuju. Indonesia ni diorang memang lain sket beb, Kalau kita tergila2 kan dengan liga EPL, diorang ni pulak mendewa2kan liga serie A. Ni satu antara berjuta lah yang membezakan kita dengan diorang. Ok, kumpulan otai2 diorang macam Slank, Padi, Dewa 19 diorang ni memang naik sezaman dengan aku. Yang lepas2 tu ada lah kumpulan lain macam sheila on 7, ungu, samsons.. diorang ni pun best juga, tapi tak lama lepas tu scene diorang ni macam hilang dah. 

Radio kat Malaysia dah makin kurang main lagu2 diorang ni. Bukan tak ada cuma makin kurang. so tetiba generasi skarang ni di sajikan pula dengan aiman tino, sufian suhaimi, banyak lagi lah, aku tak kenal pun tapi dengar jugak lah lagu diorang ni. Kalau rate dari aku aku kasi 2 bintang lah dari 5. Bukan apa beb, cuma kalau korang dengar lagu2 dari Indonesia ni, muzik dia kompak beb. kalau aku tutup mata dan pakai headphone aku boleh dengar jelas setiap bunyik2 yang keluar dari lagu diorang ni. ianya unik. tu pada aku lah..

So apa kena mengena post aku ni dengan gear di kaki. hahaha ok macam ni, ni aku nak kasi tips sikit lah untuk korang yang nak ride jauh2 tu. Aku ulang taip ni Ride Jauh Jauh. bukan ride pegi kedai hock seng beli santan ok, tapi ride jauh2. Bila korang atas hiway tu dengan kelajuan santai 120kmh - 130kmh, korang percayalah cakap aku. Korang sangat perlukan hiburan. Kalau tak konpom korang bosan dan mengantuk. Jadi korang boleh lah save kan lagu yang korang suka dalam handphone korang and pasangkan earphone ketika korang ride tu. tapi ingat !!! volume jangan kuat sangat sebab di khuatiri korang tak dengar bunyi hon kengkawan korang kat belakang tu kalau ada kes kecemasan. 

Ada orang cakap bahaya, meh sini aku beritahu sikit. Ianya bahaya kalau korang buat time ride dalam kl atau pun dalam bandar. Tapi kalau ride jauh seriously takde bahayanya. Bila ride jauh korang automatik akan set kan minda korang untuk alert dengan jalan raya, lori, kontena, rupa bentuk jalan, dan biasanya korang memang akan selalu lah sangat tengok side mirror korang tu. so kat sini bahaya yang di maksudkan ialah bila mana korang tak sedar ada kereta melintang ke, motor tetiba keluar simpang ke, tak pun ada perempuan yang bagi signal kanan tapi masuk kiri. haa yang ni lah bahaya yang di maksudkan. Tapi kalau atas highway bahaya ni tak ketara sangat, so korang boleh je alert kalaupun ada lah kejadian sebegini.

Jadi, bila korang ride jejauh, di temani pula dengan lagu2 sedap memang syahdu beb, sedar2 je dah nak sampai. So ini lah sebabnya aku tulis post ini. Tajuknya pun berlagu sebuah kehidupan. Jadi ni salah satu cara dan tips yang mungkin korang boleh guna pakai kalau nak ride jauh2. Nanti aku akan kongsikan lagi tips yang lain. stay tune.

Dua Kaki Dua Tangan & Berjuta Akal

Bismillah... 

Ok post kali ni lain la sikit dari post yang sebelum ni. Post kali ni aku nak bawa korang untuk berfikir sejenak.. ala sejenak je.. kejap je.. serious kejap.. jom kita fikir dan renungkan eh...

Hidup.... 24 jam dalam sehari.... semua orang yang hidup di muka bumi ni akan menikmati jumlah jam yang sama. Tak akan ada sesiapa pun yang akan dapat lebih dari 24 jam walaupun sesaat. cuma yang membezakan kita dan orang lain ialah bagaimana kita manfaatkan detik masa yang di beri ini. 

kenapa ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang senang dan ada yang susah ? jawapannya ialah " Bagaimana kita menggunakan masa yang di beri ". Kebanyakan orang yang kaya dan berjaya ni, dia habiskan banyak masa untuk buat sesuatu yang berfaedah. dan kebiasaannya orang yang kurang berjaya ini masanya banyak terbuang dengan perkara yang kurang faedah. 

Ok, aku tau topik ni memang tak berapa best untuk di bincangkan mahupun untuk di fikirkan. Tapi aku rasa ada baiknya kalau sesekali kita cuba untuk luangkan masa renungkan benda ni. Aku tak tau untuk orang lain, tapi kalau untuk aku lah, aku suka kalau hidup aku ni aku dapat habiskan tanpa rasa risau yang berat. Bayangkan kejap kalau korang ada kelebihan untuk lepak, berehat tepi pantai, nak shopping bila bila masa, order makanan tanpa perlu tahu berapa harganya... boleh pergi melancong sana sini.. hassle free, kepala tak pening, duit tu sentiasa ada.. best kan.. 

Seorang CEO yang bergaji rm100k sebulan mungkin tidak punya masa sepenuhnya untuk menikmati kebahagiaan berkeluarga, mungkin juga dia tak punya masa untuk pergi bercuti berehat di tepi pantai. Betul duitnya memang banyak tapi masanya pula terhad. Seorang mat despatch yang hanya dapat gaji bulanan serendah rm900 sebulan, tapi mampu untuk mengembara ke negara jiran setiap bulan. Nampak tak perbezaan kat sini. 

Cuma benda ni kalau nak dapat dia takkan datang sendiri melainkan kalau korang menang nombor ekor RM 69 juta. time ni pula aku rasa kalau korang menang pun korang tak kan rasa bahagia maybe korang akan jadi gila. ye lah, batak kejap tak tau apa nak buat dengan duit tu. Confirm keluarga pun akan porak peranda jadinya. 

So aku rasa cara terbaik untuk dapat rasa kesenangan ni adalah dengan menggunakan sepenuhnya Dua Kaki Dua Tangan & Berjuta Akal yang Allah bagi ni. Slow2 kita rancang apa sebenarnya yang kita nak. Pengertian maksud sebuah kebahagiaan untuk sesorang itu subjektif. Mungkin dengan memandu kereta mewah akan mendatangkan kebahagiaan untuk seseorang, dan di sebaliknya mungkin ada yang berasa sudah cukup bahagia untuk pergi mengembara menaiki motor ke negara orang..

Harini kau rasa down, kau rasa hidup kau lah yang paling suck dalam dunia ni. Kau rasa tuhan tak adil, kenapa lah kau je yang susah orang lain senang. Kalau kau ada rasa benda ni, kau rilex kejap. Tarik nafas dalam dalam. Lepas tu kau belek balik diri kau tu. Cukup tak makan pakai kau. Baju kau lengkap tak, kasut kau koyak tak, kenderaan untuk kau berjalan ke sana sini tu boleh bergerak tak ? kalau semuanya ok, maka ketahuilah bahawa hidup kau masih ok. 

Dalam kl ni, mesti kau biasa nampak orang tadah tangan mintak sedekah, baju koyak rabak, tah makan tah tidak dia minggu ni. Sekarang kau fikir balik, kau rasa apa agaknya yang diorang fikirkan dalam kepala hotak diorang tu kan. So begitulah geng. Langit itu sentiasa rasa tinggi jika kita mendongak dan tanah itu hanyalah sejarak bongkok untuk di cecah. Kalau kita nak rasa kaya dan senang, kita pandang saja ke bawah. kalau kita nak rasa miskin dan susah cukuplah sekadar mendongak sejenak. Pasti kau akan lebih rasa syukur dalam diri.

Topik dua kaki dua tangan dan berjuta akal ni aku share sebab aku ajak korang bersama sama aku fikir sehabis baik, apa kita boleh buat dengan benda ni. Kaki untuk berjalan mencari kerja, tangan untuk di gerak melakukan kerja dan akal untuk berfikir apa kerja yang kita nak buat. 

Biar kita tentukan apa yang kita akan jadi, bukan orang lain, bukan siapa siapa. Ok lah harini pun hari jumaat. So topik ilmiah sket la geng,. jangan marah.. pasni aku up post pasal motor balik. Dengar cerita Sahabat kita Rezo dengan Dzul ride ke Hatyai harini naik kapcai. Semoga diorang di permudahkan segala urusan sewaktu ke sana pergi dan balik. Amin Ya Allah. Ok gais, gear di kaki mengundur diri.. apa? video vlip ? ok nak aku belanja video clip ni untuk korang k.. enjoyyyyy






Thursday, 16 November 2017

Solo Ride Yamaha Y-15 ke Bukit Tinggi

Assalamualaikum... Alrite3... seperti yang di janjikan.. 

Post kali ni berkisar tentang sorang member ni. Hidup dia dari zaman sekolah sampai lah dah beranak tiga ni, memang tak pernah lekang dari jentera dua tayar. Kalau tak silap seawal usia 15 tahun dia dah pakai motor RG Sport warna merah. Kekuatan motor ni memang satu taman sedia maklum.. sekali dia jalan lalu depan rumah korang, pejabat kesihatan tak perlu dah buat fogging sebulan. hehehe.. motor biasa2 je.. tapi asap dia memang gila.. tah macam mana tah boleh jadi sebegitu banyak. Mungkin ada petua di sebaliknya hahahaha..

Motorsikal kedua pula kalau tak silap Yamaha 125z. Waktu ni dia belajar dekat politeknik ipoh. Motor warna biru. Tapi time ni asap motor dia tak lah sebanyak dulu. Mungkin dah sedar diri kot. Lepas tu tak silap dia pakai ducati reban. Dia pakai ducati zaman ducati terkenal dengan dry clutch lagi. kalau korang tak tau apa tu dry clutch rajin2 lah google k. 

Lepas tu dia pakai Yamaha R1 tahun 2006. Bedesup poie eh.. siap salut badan dengan kulit kangaroo lagi bai. Lepas tu dia beli pulak Kawasaki Z800. Dan sekarang dia baru keluar Yamaha Y-15, pun warna biru jugak. Ni lah serba sedikit pasal budak kecik yang aku berkawan dari zaman skolah lagi.. boleh tahan lah juga kan dia punya profile.

Ok back to the story.. minggu lepas, tahap kesengalan dia pun berkunjung tiba. Dengan tak semena mena, dia petik nak pergi ride ke bukit tinggi. Korang tau tak time tu pukul berapa? pukul 1 tengahari dan hari selasa. Memang takkk lahh kengkawan nak follow. hahaha tapi jiwa mamat ni memang kental sekental berus jamban. Eh betul la perumpamaan ni. Sepanjang hidup korang, berapa kali korang beli berus jamban ? sekali je kan.. haa kental lah tu.. hehehe jangan marah bushhh nanti kena jual.

So dengan hati dan semangat berkobar kobar, mamat ni pun terus start motor, sarung helmet appolo 88 dia dan hanya berbaju tshirt round neck, memecut laju di atas hiway karak. (Sila jangan tiru adegan ini). Baiklah, perjalanan pun bermula. Dia isi minyak di shell jalan gombak dan terus full throttle menuju ke hiway karak. Katanya time dia ride tu biasa biasa je cuma panas yakmat sebab tak pakai jaket. 

Untuk pengetahuan semua, senario ride di hari bekerja agak berbeza dengan ride di kala hujung minggu. Ini kerana di hari bekerja, lori lori besar dan lori kontena tersangat lah banyak atas jalan raya.. jadi cara nak ride pun kena berubah. Penggunaan signal tangan dan hon amatlah di perlukan di waktu sebegini. Korang kena sentiasa aware sebab lori time2 macam ni dia pun tak sangka korang nak buat kerja gila pg solo ride tengahari buta, jadi menunggang lah dengan berhemah.

Sampai je dekat exit bukit tinggi, dia stop kejap untuk check condition tayar sambil hisap rokok sebatang dua. Ni penting gais, sebelum engkorang nak meleper tu berhenti kejap buat pemeriksaan dekat tayar and brek korang. Ni normal practice, sebab tu kalau korang perasan banyak abam2 bikers moto besau berenti kejap dekat stesen minyak. korang ingat suka2 ke nak menyemak kat stesen minyak tu? diorang berenti isi minyak pastu check tayar pastu tunggu member je, takda maknanya nak bikin port lepak kat sinun.. hehehe so di harap korang ikutlah amalan baik ini ya.

Ok, start motor dan dia pun mula lah meleper. Along the way naik bukit tinggi tu dia cakap sunyi yakmat.. sampai tetiba bulu roma dia tegak. Bukan sebab nak terberak, tapi sebab takut kena samun. Tapi biasalah bikers kental benda2 macam ni jadi no 2. yang penting lepas gian atas motor dulu. Di pertengahan pendakian dia berhenti kejap untuk ambil gambar. Part ni memang perlu sebab kalau korang tak ambil gambar, nanti percaya lah.. takkan ada sorang pun kengkawan engkorang yang akan percaya korang pegi buat solo ride. tak caya sudah.. hehehe ni gambarnya


Sayup je corner dekat bukit tinggi ni.

Cantik kan cuaca, syahdu je tambah2 pulak kalau hisap rokok sampoerna.. perghh

Ni antara contoh mengemukakan bukti hehehe
Lepas berhenti ambil gambar bukti, dia pun teruskan lah pendakian.. Bukit tinggi ni corner dia kecik dan pendek, jadi siapa yang meleper guna kapcai memang sangat best.. kalau pakai superbike bukit tinggi ni agak mencabar. Sebab kebiasaannya superbike akan memilih high speed corner macam sungai koyan. Kalau bukit tinggi dan kuala klawang ni stamina kena kuat sikit sebab nak turun naik motor tu beban dia agak berat berbanding kapcai.




ni cara2 mengemukakan bukti bergambar yang korang dah sampai atas ke puncak hahaha
ok bila dah sampai atas tu, rajin2 lah snap gambar motor kesayangan korang dan juga muka korang sebagai kenang2an.. dan jangan lupa hantar ke whatsapp kengkawan korang bersertakan dengan #Pengembara konpom yang lain tu hati panas je.. hehehe

Settle je panjat bukit tinggi, langit pun dah nak gelap gelita. Apalagi bergegaslah kawan kita yang sorang ni turun ke kaki bukit. Along the way turun tu memang kebiasaannya akan rasa sedikit seram dan sunyi. Biasalah orang2 tua selalu cakap ada lah yang melambai tak kasi korang balik tu. Cumanya kalau kebiasaan yang aku buat dalam situasi ni aku akan banyakkan berselawat atas motor tu. In Shaa Allah di jauhkan dari benda2 yang tak sepatutnya. 

Ok rumusan dari solo ride kawan ni ialah, Jumlah masa di ambil sepanjang solo ride nya dalam 2 jam setengah KL - Bukit Tinggi - KL. Jadi saranan untuk pembaca2 kesayanganku, korang patut cuba buat solo ride ni, sekali dalam seumur hidup korang tu mesti kena buat. Mulakan dengan yang dekat2 lepas tu tanam cita2 solo ride ke negara orang pula ya.

Jadi cukup sampai di sini untuk post kali ni.. Gear di Kaki mengundur diri, salah dan silap tu korang jangan la simpan dalam hati. Video clip kat bawah ni untuk korang. chowww







Wednesday, 15 November 2017

hello there....

Bismillah... Assalamualaikum...

Perghhh lama gila tak buka blog ni ever since accident 3 tahun lepas. Hampir aku terlupa akan kewujudan blog ni. Alhamdulillah kecederaan kesan eksiden sebelum ni dah semakin pulih. Takde lah teruk sangat, 3 titanium plet dan 25 skru je dalam badan huhuhu.

Ok lah so sekarang ni aku dah nak mula menulis balik dalam blog ni. Harap2 di berikan kekuatan dan sokongan dari kawan2 semua. Cerita apa yang akan aku tulis ? masih sama, pasal jentera dua tayar jugak dan juga sikit2 lah kisah kehidupan. Terpulang kat korang nak baca yang mana satu punya post ok.

Baiklah, sekarang ni kebanyakkan kawan2 aku dah mula menggatal nak main motor kapcai pulak. Habis semua kena racun, dengan aku2 skali terlibat. Aku rasa ini semua terjadi sebab mid life crisis lah.. habis takkan nak salahkan kerajaan je kot ? cuba sesekali salahkan diri sendiri pulak. huhuhu

Punca utama diorang ni semua terjebak dengan motor kapcai adalah selepas yamaha mengeluarkan jentera Y-15, cantik motor ni, tayar besar, design cun cc pun 150.. mana mungkin hati tak tertawan. Tak lama kemudian, honda pula mengeluarkan jentera honda 150r jenis kapcai. Pulak tu di keluarkan pula dengan design repsol... perghh merecikk... jadi tak hairan lah bila nombor plet RS 150 dari perlis terjual dengan harga RM 7k++. Ulang taip terjual dengan harga RM 7k ++. 

Jadi kat sini aku nak ingatkan lah dekat hampa2 semua, jangan pandang geng2 kapcai yang tengah konvoi ni sebelah mata.Kebanyakkan dari mereka ni ada sebiji dua superbike dekat rumah, dan banyak rider2 kapcai ni orang2 berumur macam korang lah. aku muda lagi baru habis PMR. eh !! cuma kalau korang nampak yang menunggang kapcai ni macam setan dan muda tu, pecayalah yang motor mereka tu mak pak diorang yang bayau bulan2 hehehe.. alaaa sentap letew kene petik.. kikikiki

Ok berbalik dekat cerita kapcai ni, serius beb, memang sedap menunggangnya. punya lah sedap ada kawan aku sorang ni sampai buat solo ride ke Kuala Klawang dan ke Thailand. Yang sorang ni pula buat solo ride naik bukit tinggi hari selasa sorang2.. tengah sedap letew.. kalau tak mana mungkin diorang ni berkelakuan sedemikian.. (ke sebab cinggey) wallahualam.

Nanti untuk post2 akan datang aku akan story sikit pasal solo ride diorang ni. Manalah tau korang bakal terinspirasi ke. But seriously kadang2 solo ride macam ni lah yang akan memberi korang ketenangan dan masa untuk diri sendiri. Atas motor tu lah nanti korang akan memikirkan semua jenis masalah korang nak menagis ke nak menjerit ke tak ada siapa yang nak menghalang. But make sure lah korang tenang lepas buat solo ride tu. Ingat pesan aku ni, Masalah datang untuk korang hadap, bukan untuk korang lari. 

Dengar cerita diorang ni akan ke Hatyai dalam minggu depan kalau tak silap. lepas tu bulan 4 diorang akan ke Phuket pulak. so rajin2 lah singgah blog aku yang tak seberapa ni untuk sebarang update ya. 

last but not least, besar lah hati aku kalau korang2 semua panjang2 kan blog aku ni dekat rider2 kapcai yang lain.. tiupkan semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi. Eh dekat geng2 superbike pun boleh sampaikan jugak. motor aku dengan motor budak2 ni ada je lagi. nanti sesekali kalau kiterang ride moto besau nanti aku selit2 kan lah storynya ya. 

ok, aku tinggalkan korang dengan video biker legend ni. Dia pun solo ride gak dalam video klip ni. siapa tak tau lagu ni lagu apa sah lah korang geng2 wicet n ravers. Pi dok sana jauh2 sikit.

Rilek brader ! brader Rilek ! Gear di kaki mengundurkan diri... aummm...