Perghhh lama gila tak buka blog ni ever since accident 3 tahun lepas. Hampir aku terlupa akan kewujudan blog ni. Alhamdulillah kecederaan kesan eksiden sebelum ni dah semakin pulih. Takde lah teruk sangat, 3 titanium plet dan 25 skru je dalam badan huhuhu.
Ok lah so sekarang ni aku dah nak mula menulis balik dalam blog ni. Harap2 di berikan kekuatan dan sokongan dari kawan2 semua. Cerita apa yang akan aku tulis ? masih sama, pasal jentera dua tayar jugak dan juga sikit2 lah kisah kehidupan. Terpulang kat korang nak baca yang mana satu punya post ok.
Baiklah, sekarang ni kebanyakkan kawan2 aku dah mula menggatal nak main motor kapcai pulak. Habis semua kena racun, dengan aku2 skali terlibat. Aku rasa ini semua terjadi sebab mid life crisis lah.. habis takkan nak salahkan kerajaan je kot ? cuba sesekali salahkan diri sendiri pulak. huhuhu
Punca utama diorang ni semua terjebak dengan motor kapcai adalah selepas yamaha mengeluarkan jentera Y-15, cantik motor ni, tayar besar, design cun cc pun 150.. mana mungkin hati tak tertawan. Tak lama kemudian, honda pula mengeluarkan jentera honda 150r jenis kapcai. Pulak tu di keluarkan pula dengan design repsol... perghh merecikk... jadi tak hairan lah bila nombor plet RS 150 dari perlis terjual dengan harga RM 7k++. Ulang taip terjual dengan harga RM 7k ++.
Jadi kat sini aku nak ingatkan lah dekat hampa2 semua, jangan pandang geng2 kapcai yang tengah konvoi ni sebelah mata.Kebanyakkan dari mereka ni ada sebiji dua superbike dekat rumah, dan banyak rider2 kapcai ni orang2 berumur macam korang lah. aku muda lagi baru habis PMR. eh !! cuma kalau korang nampak yang menunggang kapcai ni macam setan dan muda tu, pecayalah yang motor mereka tu mak pak diorang yang bayau bulan2 hehehe.. alaaa sentap letew kene petik.. kikikiki
Ok berbalik dekat cerita kapcai ni, serius beb, memang sedap menunggangnya. punya lah sedap ada kawan aku sorang ni sampai buat solo ride ke Kuala Klawang dan ke Thailand. Yang sorang ni pula buat solo ride naik bukit tinggi hari selasa sorang2.. tengah sedap letew.. kalau tak mana mungkin diorang ni berkelakuan sedemikian.. (ke sebab cinggey) wallahualam.
Nanti untuk post2 akan datang aku akan story sikit pasal solo ride diorang ni. Manalah tau korang bakal terinspirasi ke. But seriously kadang2 solo ride macam ni lah yang akan memberi korang ketenangan dan masa untuk diri sendiri. Atas motor tu lah nanti korang akan memikirkan semua jenis masalah korang nak menagis ke nak menjerit ke tak ada siapa yang nak menghalang. But make sure lah korang tenang lepas buat solo ride tu. Ingat pesan aku ni, Masalah datang untuk korang hadap, bukan untuk korang lari.
Dengar cerita diorang ni akan ke Hatyai dalam minggu depan kalau tak silap. lepas tu bulan 4 diorang akan ke Phuket pulak. so rajin2 lah singgah blog aku yang tak seberapa ni untuk sebarang update ya.
last but not least, besar lah hati aku kalau korang2 semua panjang2 kan blog aku ni dekat rider2 kapcai yang lain.. tiupkan semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi. Eh dekat geng2 superbike pun boleh sampaikan jugak. motor aku dengan motor budak2 ni ada je lagi. nanti sesekali kalau kiterang ride moto besau nanti aku selit2 kan lah storynya ya.
ok, aku tinggalkan korang dengan video biker legend ni. Dia pun solo ride gak dalam video klip ni. siapa tak tau lagu ni lagu apa sah lah korang geng2 wicet n ravers. Pi dok sana jauh2 sikit.
Rilek brader ! brader Rilek ! Gear di kaki mengundurkan diri... aummm...
merecik erra pajira nihh
ReplyDelete